Wednesday, 1 June 2016

Cemburu dan Tamak yang Terlampau


Apa yang aku cemburu?
Ya, aku cemburu dengan hidup aku yang sebelum nih.

Aku merasakan hidup aku dibahagikan kepada dua, iaitu hidup aku yang lampau dan hidup aku yang terkini. Hidupku dirasakan terbahagi dua selepas berlakunya kegagalan atau kebengkokkan di pertengahan jalan. Hal ini, menyebabkan aku telah memutuskan segala yang berkait dengan yang berlaku sebelumnya dan berhasrat untuk mulakan hidup yang baru.

Aku berdoa banyak kali pada Allah, agar diberi kekuatan dan jalan yang terbaik untuk memulakan perjalanan yang baru. Namun, terdetik dihati ini...

'Aku sangat rindukan sahabat-sahabat aku yang dulu,guru-guru yang dulu, adik-adik yang dulu, tapi aku takut hendak bersemuka dengan mereka, Apa yang harus ku perkatakan tentang diriku, perlukah aku cerita dari A-Z? perlukah aku cerita yang aku langsung tak dapat tawaran masuk universiti? perlukah aku cerita aku gagal STPM berturut-turut? perlukah aku cerita aku ambil diploma dalam usia yang lanjut? Aku buntu. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk berjaya terlebih dahulu dan buktikan pada mereka yang aku juga berjaya walau jalan perjalanan kami berbeza.'

Akan tetapi, kerinduan dan rasa kasih sayang yang tak bertepi Allah selitkan dalam hati ini. Ya Allah! serius aku rindu sahabat-sahabat syurga aku. Aku berharap aku dapat dipertemukan dengan mereka dengan cara yang baik.

Aku sangat cemburu dengan hidup aku yang lama. Kenapa?
Sebab hidup ku kini payah hendak mencari sahabat-sahabat syurga seperti mereka..
Sebab hidupku kini, orang lebih bergantung pada diriku sedangkan sebelum ini aku sering berpaut kepada orang sekeliling..
Sebab aku merasakan diri aku sangat jauh dengan Allah.
Sebab sekeliling aku banyak yang lagha dan aku terpaksa menguatkan iman selalu.
Sebab kini aku lebih banyak menangis berbanding bergembira.

Benda yang lebih membuatkan aku cemburu adalah, aku terasa sahabat-sahabat syurga aku dirampas oleh seorang insan. Ku tahu, aku dahulunya sangat pemalu dan pendiam orangnya. Jadi, aku kurang mesra dengan mereka. Tapi kini, apabila hadir seorang insan yang hebat, hatiku terasa gusar. Aku sendiri tak tahu gusar kerana apa. Mungkin aku takut insan tersebut lebih mendapat perhatian berbanding diri aku. Tamakkah aku? Apakah ini bisikan syaitan?

Masya Allah.. gamaknya aku cemburu dengan insan yang tersendirinya hebat. Hati aku semakin gusar dan resah terasa ingin bersaing dengan insan hebat ini. Tapi... apa gunanya semua ini.

Mungkin aku perlu tanya pada diri sendiri. Apa tujuan aku selama ini? adakah perhatian yang ku kejar? adakah populariti yang ku kejar? Tapi wujudnya insan-insan yang hebat membuatkan aku cemburu dan ingin berada di tempat mereka.

Ya Allah jauhkanlah daku dari sifat hasad dengki dan bangga diri yang melampau ini. Perhatian dan populariti tidak kemana. Akhirat. Ya, akhirat yang sepatutnya ku kejar.

Mungkin aku perlu lihat semula pada diri. Cermin diri. Apa yang perlu aku baiki. Tiada jalan yang pintas untuk menjadi hebat. Berubah sedikit demi sedikit. Rasulullah. Ya, Rasulullah insan yang hebat dan disanjungi. Pandangan disisi Allah lebih bermakna berbanding pandangan disisi manusia.


Belajar untuk berusaha, redha dan syukur. Insha Allah Boleh!